Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Sunday 12 August 2012

Happy Sunday everyone.....

haluuuu....lama sdh sya tdk intip2 sya punya blog o kan....mcm rindu pla....(memang rindu pun).....
apa khabar kwn2ku......sihat.....syukur......
sbelum 2 sya mahu ucapkan slmat berpuasa buat teman2 sya yg beragama islam .....tinggal 1 m,ggu lgi mahu raya sdh...yahooooo......Selamat Hari Raya in advance .......
apa lgi mahu di tulis arrrr.......oya.......mahu tengo pic my lil princess....
ya ampun..lupa pla....janji sya kn....minta maaf smua....belum ada masa sya skrg nie....byk tul kerja.....lain kerja di office ...lain lgi kerja di rumah.....(layan karenah my lil princess yg smakin hari semakin manja)......
apa2 pun jom tengo pic my lil princess....




ok la....sekain sahaja la kisah pada hari ini....hehehhhe
ok la jumpa lgi.........

Friday 6 July 2012

Akhirnya...yahoooooo.... ^ ^

slamat pagi smua.....hehehhe...happynya.....yahooo....akhirnya my lil princess dah pandai potogiging (meniarap) .....asal balik rumah my mom mesti my untie tanya pandai sdh c lola potogiging ka....sa yg malas sdh menjawab.....belummmmmmmmm.....sya nie pun mula sdh risau tpi tdk risau betul la...hehehhe ....masa appointment 5 month...nurse ada tanya...pandai sdh ka nie baby ko menairap...sya pun jawab la....belum, tu pun minta bantuan dlu bru dia pandai nie....huhhuhuhu...tu nurse ckap lagi.....klau nie baby masih belum pandai meniarap on 6 month appointment....mo kasih jumpa doktor nie....huhuhu...mula sdh sya risau...me n my husband pun fikir la amcm mau kasih pandai my lil princess nie menairap.....cari d internet...tanya ena my husband.....tanya punya tanya...cari punya cari....akhirnya......pandai sdh la my lil princess meniarap.....
nnti sya kasih upload tu video k.....
ok la...2 ja utk hari nie....happy weekend semua.... ^ ^

Saturday 30 June 2012

1st July.....

hallu....wah...mcm byk habuk sdh o blog sya nie kan...huhuhu...
apa2 pun  thanks for read my blog la...wlaupun teda yg sudi bca kan....tak pa....huhuhuhu...
wah....cpt nya mcm berlalu kan...skrg dah 1st july kan....tdk lama lgi my lil princess mahu msuk 6 month odi.....

ok la 2 ja la sya mo tulis mcm mlas pla ...hehehhe...soli kio.....
klau dtg rajin sya....nnti kan post psal my baby from 1 month until now.....


ok la...babai... ^ ^

Tuesday 29 May 2012

Kaamatan Day....

Hari ini public holiday bagi negeri sabah...yahoooo......sempena cuti am bagi negeri sabah sempena Hari Kaamatan.....kta cuti2 sabah la...hehehhe..apa ba yg sya tulis nie...emmmmm...teda idea ba apa yg mahu di tulis....huhuhuhuhu.....ok la ckup stakat nie shaja la...
"Kotobian Do Tadau Kaamatan Kumaa do tabalut ku,family n smua yg menyambut kaamatan"....hehehe tlg kasih betul kio...tdk pndai tulis bhsa dusun nie....

Thursday 24 May 2012

Shaklee ....apakah benda ini?

hallu....mcm lama sdah sya tdak melawat blog tercenta sya nie kan....huhuhu...
malas melanda diri sya dlm beberapa hari nie...entah kenapa...... : )
apa2 pun jom berblog....

"Shaklee"
Mesti ada org tertanya2 nie kan...apa benda nie,blh mkan ka,minuman ka,bleh buat main ka.....
Jom sya memperkenalkan....mcm lain pla bunyi kan...hehehhe....ini bukan nama org ya......ini sebenarnya...jeng...jeng...jenggggggg.....nama ubat yg sya try mkn ...memang la ba utk di makan...apa la sya nie....tak kan la utk d simpan kannnnnnnn......hehehehe....

bebeapa minggu yg lalu sya ada terbaca blog org....sya nie silent reading blog org nie.....ada la sya terbaca....bukan terbaca pun, memang baca pun...hehehhe....sya baca nie blog org ....dia ckap nie benda "Shaklee" bagus utk ibu2 yg mahu menyusukan anak sampai 2 tahun...byk nie org komen psal nie benda....kebanyakan komen diaorg memang bagus nie benda......menag rata2 la ba tu komen mereka bgus psal nie pil " shaklee" .....so, sya try la beli....baru semalam sya mula makan....punya lama sdh 2 ubat sama sya...adui.....apa la sya nie....pemalas betul kan...hehehhe
sekali tdi sya pump (bila 2????/.....jam 6.30pm sampai 6.50) ...punya byk air susu yg keluar...syukur.....2 baru 1 breast sya pump belum lgi dua2....hehehhe...apa2 pun thank utk pil "Shaklee"....hope sya dpt breastfeeding sama my lil princess sampai 2 tahun...amin....



Ini la Ubat Shaklee..(alamak terbalik la pla..amcm mhu kac bgus nie...ada siapa2  yg bleh bantu sya ka nie)

ini ubat sya ambil try pack punya...bru mahu try kan...nnti klau sdh betul2 berkesan sama sya....bru ambil yg full pack punya...hehehhe....ok la kawan2.....nnti sya upload 2 pic yg sya pump tdi petang kio.....ini mhu tggu kerajinan dlu nie.....hehehhe.....

Monday 21 May 2012

BABY 5 BULAN MAKAN 'SOLID', TERPAKSA ADMIT KERANA 'INTUSSUSEPTION'

hari ini sya mahu kongsikan satu cerita...hehehe..bukan cerita la tpi isu yg memberi pedoman utk semua ibu2...jom membaca...sya copy paste ja dri blog org. (http://health-wellness-nature.blogspot.com/ )..hehehe..sori kak....jgn marah nnti cpat tua... ^ ^

Memandangkan sekarang ni isu bagi baby makan sebelum 6 bulan sangat HOT, jadi sya ingin kongsikan satu cerita pasal perkara ni...

Kemarin sya ada membaca satu entry dari blog seorang ibu dari Sabah (Ibu Nadia) berkenaan dengan anaknya yang telah mula makan solid pada usia 5 bulan. Anaknya nampak ok dengan pengambilan solid food ni.. Nampak kenyang dan happy. Tetapi 2 minggu selepas tu ini yang berlaku...... Penulisan dibawa adalah dari blog si ibu sendiri..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Intussuseption - penyebab Irfan kena admit


Hari sabtu lepas, Irfan kena admit di Hospital Likas...  Diagnosa : Intussuseption.

Bahasa kampung : usus besar makan usus kecil...


Malam hari Jumaat tu, Irfan menyusu macam tidak pandai kenyang.. Lepas tu, simptom yang dialami :-

* Bangun seawal 5am, merengek-rengek dan nangis-nangis macam ada yang dia tidak selesa..
Pastu saya bangun and angkat dia, start muntah-muntah pula..

* Tidak berenti muntah sampai 8.30am.. dari 5am sampai 8.30am, 2x buang air besar.. Muka sudah pucat and badan sudah semakin lemah...

* Tidak mau minum susu lansung! bayangkan dari 5am sampai 9am??

Bersiap-siap, sampai bahagian kecemasan Hospital Likas dalam 9.20am, 10am jumpa doktor...
Bila? doktor tanya, air besar dia, ada darah x? memang tiada pula pagi tu... Doktor suruh bagi susu, then Irfan menyusu... banyak juga dia minum, tapi lepas tu muntah balik.. Masuk bilik doktor, doktor cucuk tempat buang air besar tu.. memang keluar darah dan darah beku sikit-sikit...

Pastu rujuk bahagian pakar sakit pediatrik.. Kena admit.. Penyakit ni ada 2 kaedah rawatan... pertama, 'pam air'.. 3kali pam, kalau tidak berjaya terpaksa menggunakan kaedah yang kedua, PEMBEDAHAN.. ngeriii~~~

Untuk lebih lanjut mengenai Intussuseption, klik SINI
Penyakit ini biasanya dialami oleh bayi berusia 3 bulan sehingga 2 tahun...

Ni adalah wajah-wajah baby Irfan masa kena admit hari tu... =( sooodihhh mak, nak..

(Maaf ya, saya tidak postkan gambar untuk menjaga privacy tuan punya blog)

Syukur Ya Allah, tidak sekritikal mana... (Baby Ifran telah melalui rawatan 'pam air')

doktor cakap, ini berpunca daripada kuman.. bila dah ada kuman, akan meransang kembung perut.. bila dah kembung perut, akan meransang usus untuk bekerja.. bila tiada benda yang mau diproses dalam usus tu, usus besar tu buat lah usus kecil macam makanan dia.. ini lah terjadinya intussuseption..

lagi 1 sebab, selagi baby belum berumur 6 bulan, JANGAN SEKALI-KALI bagi dia makan... haaa, kang jadi macam ni pulak... lepas 6 bulan, baru bagi makan... Pengajaran untuk saya sendiri, so anak yang lepas ni, saya tidak akan bagi makan sebelum umur 6 bulan.. FYI, Irfan da start makan masa umur 5 bulan.. Silap saya.. Walaupun ada banyak lagi mommies out there yang bagi anak makan seawal 3 bulan tapi baby sihat, saya anggap ini adalah nasib saya dan yang paling penting, pengajaran yang berguna untuk saya... next time lebih berhati-hati..


Posted by Nadia Dzarief at 10:00 PG
Labels: Irfan, Kesihatan 
http://www.ilovenadeya.blogspot.com/2011/12/intussuseption-penyebab-irfan-kena.html


Apa itu Intussusception?




Sebahagian daripada usus memasuki sebahagian usus yang lain dan menyebabkannya tersumbat - seolah-olah teleskop

Bukan hanya usus sahaja yang terperangkap tetapi ia membawa bersamanya salur darah dan mesentry (tisu seperti langsir yang ada salur darah).

Salur darah tersebut akan tersumbat akibat tekanan dan boleh menyebabkan sel usus bengkak dan akhirnya sel tersebut mati.

Adakalanya usus boleh bocor, kuman boleh merebak ke dalam darah dan menyebabkan kematian pesakit.

Penyebab Intussusception

Hampir 90% tidak diketahui puncanya.
Ia boleh berlaku pada umur 3 bulan sehingga 6 tahun.
Kanak-kanak lelaki lebih ramai terkena berbanding perempuan.
Ada juga sebilangan kecil dikaitkan dengan jangkitan virus atau bakteria tertentu.
Ada juga mengaitkannya dengan ketumbuhan kecil seperti polyps dan pembengkakan kelenjar pada usus.

Perawatan

Kanak-kanak akan dimasukkan ke dalam wad dan akan tidak dibenarkan makan dan minum. Air akan dimasukkan melalui salur darah.

X ray diperlukan untuk melihat sekiranya terdapat sumbatan pada usus. Seterusnya Ultrasound boleh membantu untuk membuat diagnosis.

Bagi perawatan seterusnya, barium enema boleh digunakan untuk membuat diagnosis dan dalam pada masa yang sama boleh meleraikan masalah intussusception.

Semasa barium enema dilaksanakan, sejenis cecair yang dicampurkan dengan bahan pewarna dimasukkan melalui sejenis tiub khas ke dalam punggung bayi. Kemudian x-ray khas akan mengambil gambar usus berkaitan. Dalam masa yang sama, tekanan yang dihasilkan di dalam usus akibat barium enema tadi akan meleraikan simpulan dan menyelesaikan masalah intuss.

Apapun, barium enema juga mempunyai risiko kecil untuk usus terkoyak dan sukar dilaksanakan sekiranya kanak-kanak terlalu uzur. Ada juga risiko untuk kejadian semula selepas enema.

Sekiranya barium enema gagal, maka cara terakhir ialah merawat instussusception melalui pembedahan. Doktor akan meleraikan usus tersebut secara manual, jika tidak boleh, maka usus tersebut akan dipotong dan dibuang. Usus yang nomal akan dijahit semula (end to end anastomosis).

Kesimpulan

Intussusception boleh berlaku pada kanak-kanak seawal 4 bulan. Oleh itu sekiranya anak anda menghidap sakit perut yang teramat dan tidak berhenti dengan pujukan, beserta dengan muntah dan berak berdarah, intussusception mungkin penyebabnya.

Sumber: http://drazwan.blogspot.com/2009/03/intussusception.html
-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Itulah serba sedikit pasal Intussusception.. Biar pengalaman ibu Nadia menjadi pedoman bagi kita.. Dan semoga entry ini sedikit sebanyak memberi info....( copy from http://health-wellness-nature.blogspot.com/ )

Wednesday 16 May 2012

WW .....

malas nak berblog...layan ja pic my lil princess k... ^ ^


                  cute gitu.sambil ibu jari msuk dlm mulut..sedap mungkin tu kan mcm gula2...hehehe..